Friday, March 11, 2011

JUSTIN BIEBER

Meh kiter layan jap citer budak orang putih umur 16 tahun dari Ontario, Kanada ni yang menjadi kegilaan budak - budak pompuan seluruh dunia ni. Aper yang sedap sangat ngan suara n lagu dia pun aku pun tak tau lah. Ari tu aku ader tengok kat tv dia nyanyi live ... hancussss !! Tak samer langsung ngan suara dia kat dalam rekod dia. Bila dia menari lak keras jer sama macam masa Mawi mula - mula masuk AF dulu... kehh kehh !!


Apa - apa pun ni info tentang budak mat salleh ni :

  • Dilahirkan pada 1 Mac 1994 dan merupakan anak tunggal kepada Pattie Mallette.
  • Menerusi laman web Twitter, namanya dilawati lebih 85,000 kali sehari. Manakala di Last.fm mencatat lagu nyanyiannya dimainkan lebih sajuta kali dalam tempuh 24 jam.
  • Di laman You Tube pula, Bieber menjadi raja media online apabila 100 juta peminat menonton video persembahannya.
  • Kini terlibat dengan dunia lakonan dalam siri jenayah terbitan CBS, CSI: Crime Scene Investigation melakonkan watak remaja bermasalah.
  • Filem 3D Bieber yang menceritakan perjalan hidupnya hasil arahan John Chu berjudul Never Say Never telah pun ditayangkan.


Pada aku lah kalau nak dibandingkan suara c Bieber ni, lebih merdu lagi suara Aizat. Dan kalau diberi peluang Aizat akan lebih digilai oleh peminat diseluruh dunia. Aku juga tak heran kalau 20, 30 tahun akan datang Aizat ni akan dianggap sebagai sifu sama sepertimana pandangan peminat terhadap M. Nasir sekarang ini.



No comments: