Thursday, February 24, 2011

9 PETUA CAPAI DOA MUSTAJAB

Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab :


1.  Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak".


2.  Sesungguhnya Rasulullah bersabda : "Allah akan turun kelangit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada Ku maka Aku akan mengampunkaninya".


3.  Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu pintu langit dibuka."


4.  Ibnu abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa ketika itu".


5.  Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda : "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada allah keran sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."


6.  Ubadah bin as-Shamit berkata bahwa Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah".


7.  Ata bin abi Rabah berkata : "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan".


8.  Hadis daripada abu Hurairah, Rasulullah bersabda : "Doa sesorang itu akan dikabulkan selagi dia tidakterburu-buru menyebabkan dia berkata : "Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan".


9.  Hadis daripada Abu Hurairah : Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda : "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat, bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu".

5 SEBAB DOA DITOLAK

Ada 5 perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah iaitu :

1.  Dosa kerana mengingkari pemimpin. Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid bukannya pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

2.  Dosa kerana tidak taat kepada guru. Guru orang yang bertanggung jawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muakdengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

3.  Dosa kerana menderhaka kepada ibubapa. Mereka berkorban untuk menjadi kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syriat Islam, Allah pasti murka pada kita. Awas doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4.  Dosa kerana derhaka kepada suami. Isteri yang menderhaka pada suaminya tidak layak mencium bau syurga. allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Rasulullah bersabda, maksudnya " Jika allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akanmenyuruh isteri sujud kepada suaminya". Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteriwalaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilainya sedikitpun disisi Allah jika masih menderhakai suaminya.

5.  Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang. Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemarmenabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti orang lain sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah diatas, terhijablah doa dan amalan kita.
Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.