Monday, March 14, 2011

KELIRU N MEMENINGKAN KEPALA

Gelaran wanita pertama merujuk isteri PM - Nazri

14/03/2011 12:57pm


KUALA LUMPUR 14 Mac – Panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.
"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu.
Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketua Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun,” katanya.
Justeru, tidak perlu timbul sebarang kekeliruan dari segi penggunaan gelaran tersebut, katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.
Mengenai peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan Wanita Pertama pada 2011, Mohamed Nazri berkata, tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri.
Menjawab soalan tambahan Johari, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa tidak wujud unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri.
Katanya penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercanggah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama. - Bernama

Aktikel di atas aku copy n paste dari Utusan On-Line.

p/s ; Pening aku dibuatnya dengan pelbagai terma - terma yang kadang - kadang macam tidak mengikut yang sepatutnya.

Ni aku listkan contohnya yek :
1. Peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama Negara.

2. Dah jadi kebiasaan lak sekarang ni .... 
         - Bangsa Melayu         sepatutnya        Kaum Melayu
         - Bangsa Cina             sepatutnya        Kaum Cina
         - Bangsa India             sepatutnya        Kaum India
Setau aku hanya penggunaan Bangsa ni untuk menunjukkan Bangsa Malaysia yg didalamnya ader pelbagai kaum. Ini yang diajar oleh cikgu aku dulu di sekolah tak tau lah pulak cikgu skarang ajar lain.

3. Kementerian Dalam Negeri ...... kementerian ni jaga negeri mana lak yek? Negeri Selangor or Perak kot???

4. Kementerian Luar Negeri ........ ni pun satu dia jaga luar negeri mana ?

Tak silap aku kedua dua kementerian ni menjaga kepentiangan Malaysia didalam n diluar negara.
Mungkin aku silap tapi aku merujuk pada aper yang cikgu aku ajar dulu jerr . Yang teruknya terma - terma ni dah jadi cam biasa jer lak skarang ni, baik dalam lagu, iklan dan pelbagai lagi. 

EEEeeeeee pening aku, kaO orang tak pening ker ?? kehh kehh kehh !!!


JUARA ALL ENGLAND KALI KEDUA

Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan Badminton All England yang di menanginya pada tahun lepas dengan mengalahkan musuh tradisinya dari China, Lin Dan dengan dua set 21-17 & 21-17. Pada tahun lepas beliau mengalahkan jaguh muda dari Jepun, Kennichi Tago 21-19 & 21-19. Kemenangan ini juga dikira sebagai penebus kekalahan Chong Wei di Terbuka Korea, Januari lepas. Pada perlawanan ini Chong Wei berjaya mengawal gelangang dengan baik sekali dan hanya memerlukan 51 minit untuk mempertahankan gelaran tahun lepas nya.
Rekod pertemuan Chong Wei dengan Lin Dan semenjak Februari 2004 masih lagi dikuasai oleh jaguh China itu dari 23 pertemuan, 15 kali dimenangi oleh Lin Dan dan 8 kali oleh Chong Wei.
Tahniah Chong Wei dan beliau kira bernasib baik menang di England kalau kat Malaysia sah - sah lemas !!! kehh kehh kehhh ......!