Tuesday, February 22, 2011

CHONG WEI JUARA KE 9 GP KEBANGSAAN




CHONG WEI tidak berdepan masalah untuk menewaskan Mohamad Arif pada final acara perseorangan lelaki.



SEPERTI diramal, pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah mendominasi Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Kebangsaan 2011 yang berakhir di Terengganu semalam.
Pada perlawanan akhir, Chong Wei menewaskan pemain muda, Mohamad Arif Ab. Latif 21-15, 21-16 untuk muncul juara acara perseorangan lelaki.
Dengan kemenangan tersebut, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 manakala Mohamad Arif selaku naib juara menerima RM3,200.
Menurut Chong Wei, sepanjang tiga kali beraksi bersama Mohamad Arif pada kejohanan sama, dia mendapati pemain muda negara itu telah mempamerkan banyak peningkatan.
"Jika dia terus bekerja keras meningkatkan gaya permainannya, Arif mampu menjadi seorang pemain yang disegani pada masa akan datang.
"Saya tak boleh komen sama ada dia boleh gantikan tempat Hafiz Hashim tetapi saya tahu dia boleh menjadi lebih bagus jika ada kemahuan ke arah itu.
"Saya juga harap, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) akan memberi peluang kepada lebih ramai pemain muda menyertai kejohanan yang kompetitif supaya mereka dapat menimba lebih banyak pengalaman," katanya ketika ditemui di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam.
Sementara itu, Tee Jing Yi terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan ke atas Sonia Cheah 14-21, 21-15, 21-14 pada final perseorangan wanita.
Kemenangan itu membolehkan Jing Yi meraih hadiah wang tunai RM4,000 manakala Sonia berpuas hati dengan RM2,000 selaku naib juara.
Gandingan beregu campuran, Tan Boon Heong/Chin Eei Hui menguasai kategori tersebut selepas menewaskan gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying 13-21, 21-18, 21-16 pada perlawanan akhir.
Mereka membawa pulang hadiah kemenangan RM3,200, manakala naib juara yang menjadi milik Peng Soon/ Liu Ying menerima RM1,600.
Gelaran juara bagi kategori wanita pula menjadi milik Ng Poau Leng/Woon Khe Wei yang berjaya mengatasi pasangan Chong Sook Chin/Goh Liu Ying dengan 21-18, 21-10.
Kemenangan itu membolehkan mereka menerima RM4,800 manakala Sook Chin/Liu Ying yang muncul naib juara meraih RM2,400.
Manakala kategori beregu lelaki pula menjadi milik pasangan Hoon Thien How/Tan Boon Heong.
Beregu pilihan kedua itu terpaksa berhempas pulas dan bermain dalam tiga set sebelum menang 21-14, 10-21, 21-19 ke atas pasangan Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock pada babak final.Sumber KOSMO!

SEJARAH TEATER

  • Teater adalah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.
  • Terdapat pelbagai jenis persembahan teater antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit.
  • Mengikut sejarah dunia, teater mula dipentaskan di Mesir pada tahun 2,500 sebelum Masihi.
  • Kemudian ia diperluaskan di Greek yang mana kebanyakan pementasan memainkan karakter mitos sejarah dan sebagai platform meluahkan perasaan dan kritik.
  • Pada abad ke 16 hingga ke 18, seni ini berkembang ke Sepanyol, Itali, Peranchis dan Russia.
  • Di Asia, ia dikatakan bermula di India pada 1,000 sebelum Masihi menggunakan bahasa Sanskrit. Ia berkembang ke China, Korea dan Jepun.
  • Di Malaysia teater boleh dibahagikan kepada dua iaitu lakonan tradisional seperti bangsawan, main puteri, makyong dan menora.
  • Pada era 80an, teater dimulakan oleh sekumpulan kecil mereka yang menyertainya secara sukarela.
  • Dengan terbinanya Istana Budaya (IB) pada September 1999, ia telah memberi impak yang besar kepada negara.
  • Namun, landskap pementasan teater di Malaysia mula diterima setelah teater Muzikal Puteri Gunug Ledang dipentaskan di IB.
  • Bagaimanapun, teater Natrah merupakan produksi terbitan IB yang telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila dipentaskan pada dua tahun lalu.
  • IB juga tidak menafikan bahawa teater muzikal telah membuka satu lembaran baru kepada perkembangan seni persembahan di negara ini.
  • Antara lokasi pementasan di negara ini ialah di Auditorium DBKL, KLPac dan Matic.

KAKI AZIZULHASNI AWANG DI TUSUK SERPIHAN KAYU

Walau pun kaki kirinya ditusuk serpihan kayu velodrom selepas terjatuh akibat belanggar dengan empat lagi pelumba, Azizulhasni tetap bangkit dan meneruskan perlumbaan untuk meraih pingat gangsa.
Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.
Ternyata semangat kental yang ditunjukkan pelumba berusia 23 tahun ini telah memukau penonton yang hadir bagi menyaksikan acara yang cukup dinanti-nantikan itu yang dimenangi pelumba sensasi Britain, Chris Hoy.
Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, dia akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu kira-kira sepanjang 20 sentimeter itu.
Sebelum berlepas ke Manchester pada Selasa lalu, Azizulhasni berjaya menyumbang dua pingat gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 di Korat, Thailand.
Dua pingat gangsa tersebut hadir menerusi acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut individu.
Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The Pocketrocketman, kini merupakan pelumba No. 1 dalam acara keirin dan sedang memburu tiket untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Azizulhasni berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin.
Ekoran daripada kecederaan itu, Azizulhasni tidak akan bersaing dalam acara pecut berpasukan awal pagi tadi (awal pagi Isnin). Tempatnya digantikan oleh Hafiz Sufian. Dua lagi pelumba negara ialah Muhamad Edrus Md Yunos, Josiah Ng.
Azizulhasni juga tidak akan bertanding pada kejohanan dunia di Apeldoorn, Belanda yang akan bermula pada 23 Mac depan.
P/S : Aku tabik spring lah dengan Azizul ni, hanya satu perkataan saja yang boleh aku kata pada beliau, iaitu anda seorang yang HEBAT !!
Aku doakan beliau cepat sembuh dan kecederaan ini tidak akan menjejaskan prestasi beliau. Amin

PETIKAN SITAR MENYENTUH JIWA

Walaupun anak muda hari ini lebih terdedah kepada peralatan muzik moden seperti gitar dan piano, namun ia bukan titik noktah bagi pejuang muzik sitar untuk terus memartabatkan alunan tradisi itu keseluruh pelosok dunia.
Keistemewaan sitar terletak pada getar alunan bunyinya yang mengusik naluri dan minda.


INFO SITAR :

  • Popular di India Utara.
  • Asalnya dari bahasa Parsi bermaksud Sehtar iaitu (seh - tiga dan tar - tali)
  • Pemain sitar tersohor dunia, Pandit Ravi Shanker dan Ustad Usman Khan Ustad Vilayat Khan.
  • Diperbuat daripada labu serta kayu yang ringan.
  • Mizrab sejenis dawai metal dipakai pada jari petunjuk tangan kanan untuk sitar.
  • Harga dari RM 1,500 - RM 2,600 seunit.
  • Sitar moden muncul pertama kali pada tahun 1700 ketika kejatuhan Empayar Moghul.
  • Amir Khusru dari India Utara di percayai pencipta sitar.
  • Kombinasi Veena (India Selatan dengan Sehtar (Parsi).
  • Berkembang di Malaysia mulai tahun 60 an.
  • Tabla, mridangam, surpeti/tambura, harmonium, damarugam dan flut adalah alat muzik tradisional India yang lain.