Tuesday, March 1, 2011

ANEKA PHOTO

Nikmati lah aneka photo yang di paparkan ini untuk hiburan !!

























GOALBALL

Ponah dengar permainan GoalBall ? Tak pernah kan .. aaaa ni nak citer sikit ! Permainan dicipta untuk pemain pemain yang cacat penglihatan dan dimain selama 12 minit setiap separuh masa. Bagi pemain yang boleh laaa melihat sikit-sikit, mata akan ditutup sepenuh supaya tidak dapat melihat. Maksudnya kalau orang yang boleh melihat, bolehlah jugak bermain tapi dengan syarat mata mereka akan ditutup sepenuhnya.
Ni aku sertakan sikit info tentang permainan ni yek :



  • GoalBall merupakan acara berpaksukan yang direka khas untuk atlet cacat penglihatan.
  • Permainan berlangsung selama 24 minit iaitu 12 minit setiap separuh masa.
  • Setiap pemain perlu menggunakan deria pendengaran untuk mendengar bunyi yang terhasil daripada lontaran dan pergerakan bola khas tersebut untuk mengalangnya daripada menembusi gol pasukan.
  • Acara ini diilhamkan oleh Hanz Lorenzen dari Austria dan Sepp Reindle dari Jerman pada tahun 1946 dalam usaha untuk membantu proses pemulihan veteran Perang Dunia Kedua yang buta.
  • Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA) bertanggung jawab menggendalikan 15 sukan untuk golongan cacat penglihatan termasuk acara GoalBall.
  • Acara itu kemudian menjadi satu permainan kompetitif sejak beberapa dekad lalu dan satu demonstrasi mengenai GoalBall pernah dilakukan pada Sukan Paralimpik Musim Panas di Toronto pada tahun 1976.
  • Kejohanan pertama GoalBall berlangsung di Austria pada tahun 1978 dan kemudian menjadi salah satu acara tetap dalam Sukan Paralimpik Musim Panas bermula pada tahun 1980 di Arnhem, Belanda.