Sunday, February 27, 2011

DI PERKOSA OLEH LEMBU JANTAN

Gambar - gambar ni aku cilok dari blog ni haa ! Aku harap dia x marah lah kot .. kehhh kehh ! Kiter syer - syer lah yek brO !
Kisah ehh sorang perempuan tua yang nyaris lagi di perkosa oleh sekor lembu jantan yang naik geram bila jumper ngan nenek ni. Kalau ikut penerangan kawan aku seorang doktor haiwan, aper jer binatang terutama lembu jantan, dapat menghidu bau sesorang tu bila datang bulan. Yang org dok kater lembu akan kejar kalau kita pakai kain merah tu salah info tu, lembu jantan akan ghairah bila dia terbau darah haid tersebut. So saper saper kenkawan aku yang sedang datang haid tu cuba cuba lah elak dari bertembung dengan lembu jantan .... kang naya jer !!!
Geram betul lembu jantan ni ngan nenek tu !

Nenek tu hampir direbahkan ... cenn cennnn !!




Nenek ni waktu ni tentu suspen giler ni kannn !!

Kawan nenek tu dok perati jer ...eeee !!


Kehh kehhh ... lega nenek nii ! Nasib baik dapat
nenek ni mempertahankan maruah ehh !!!

















Kalau ikutkan kawan aku doktor haiwan tu yang lembu ni boleh menghidu bau darah haid ... puffff kena tabik nenek ni .... aaa paham tak maksud aku tu .. kehh kehh !!!

ULEK MAYANG

Tarian Ulek Mayang adalah sejenis tarian asli masyarakat Terengganu. Pada asalnya ia merupakan tarian memuja semangat laut. Penari akan menggunakan mayang pinang dan menggoncangkannya semasa menari sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang sendiri sebelum dilepaskan kepada penari lain. Bagaimana pun pada hari ini tarian itu sekadar satu bentuk hiburan tetapi ramai menyatakan tarian ini berbentuk khurafat sebab ianya lebih banyak menuju kearah pemujaan. Amin.

  • Ulek Mayang merupakan seni persembahan teater muzikal Melayu. Terdapat pantun yang dilagukan, adanya tarian dan dilaporkan dengan watak tujuh puteri, pawang dan pesakit.
  • Antara barang-barang yang perlu ada ketika upacara rawatan ulek mayang ialah mayang pinang, lukah atau kukur kelapa.
  • Mayang pinang yang digerakkanbertujuan untuk memanggil tujuh orang puteri seorang demi seorang daripada Puteri Satu hinggalah ke Puteri Tujuh.
  • Puteri-puteri itu datang untuk mengulek (mengulit) pesakit untuk tujuan perubatan atau merestui jika bertuajn hiburan.
  • Lirik lagu Ulek Mayang dipercayai mempunyai unsur-unsur mistik.

LAYAN JER LAH CIKGU SHIDA NI YEK !

Mau meraung budak Justin Bieber tu, kalau dia nengok video ni .. kehh kehhh !!





JANGAN PEGANG PEGANGGGG !

Jom kiter layan lagu ni yekkk !!!



Friday, February 25, 2011

BETUL KER PEROKOK JUGA ADER HAK ?

Aku terbaca iklan dari Kementerian Kesihatan ni, kaO orang baca lah samer yek !!


YA! HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA SEBATANG ROKOK
Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :

  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!
Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan :

  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.


BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT!

Thursday, February 24, 2011

9 PETUA CAPAI DOA MUSTAJAB

Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab :


1.  Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak".


2.  Sesungguhnya Rasulullah bersabda : "Allah akan turun kelangit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada Ku maka Aku akan mengampunkaninya".


3.  Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu pintu langit dibuka."


4.  Ibnu abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa ketika itu".


5.  Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda : "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada allah keran sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."


6.  Ubadah bin as-Shamit berkata bahwa Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah".


7.  Ata bin abi Rabah berkata : "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan".


8.  Hadis daripada abu Hurairah, Rasulullah bersabda : "Doa sesorang itu akan dikabulkan selagi dia tidakterburu-buru menyebabkan dia berkata : "Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan".


9.  Hadis daripada Abu Hurairah : Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda : "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat, bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu".

5 SEBAB DOA DITOLAK

Ada 5 perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah iaitu :

1.  Dosa kerana mengingkari pemimpin. Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid bukannya pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

2.  Dosa kerana tidak taat kepada guru. Guru orang yang bertanggung jawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muakdengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

3.  Dosa kerana menderhaka kepada ibubapa. Mereka berkorban untuk menjadi kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syriat Islam, Allah pasti murka pada kita. Awas doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4.  Dosa kerana derhaka kepada suami. Isteri yang menderhaka pada suaminya tidak layak mencium bau syurga. allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Rasulullah bersabda, maksudnya " Jika allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akanmenyuruh isteri sujud kepada suaminya". Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteriwalaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilainya sedikitpun disisi Allah jika masih menderhakai suaminya.

5.  Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang. Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemarmenabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti orang lain sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah diatas, terhijablah doa dan amalan kita.
Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

Wednesday, February 23, 2011

PRODUK HERBA MAS COTEK

Aku juga ada menjual produk - produk berasaskan herba mas cotek seperti teh uncang mas cotek dan juga minyak sapu yang juga berasaskan ramuan mas cotek.
Kedua dua produk ini menggunakan jenama Senanti Herbs dan telah berada dipasaran dari tahun 2006 lagi.
Bagi memudahkan para pelanggan aku telah pun membina satu blog khas untuk produk - produk ini dan boleh dilayari di ficusplus.blogspot.com .
Segala proses jual beli melalui internet boleh dilakukan di blog ini.
Silalah kunjungi blog tersebut. Tks

Tuesday, February 22, 2011

CHONG WEI JUARA KE 9 GP KEBANGSAAN




CHONG WEI tidak berdepan masalah untuk menewaskan Mohamad Arif pada final acara perseorangan lelaki.



SEPERTI diramal, pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah mendominasi Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Kebangsaan 2011 yang berakhir di Terengganu semalam.
Pada perlawanan akhir, Chong Wei menewaskan pemain muda, Mohamad Arif Ab. Latif 21-15, 21-16 untuk muncul juara acara perseorangan lelaki.
Dengan kemenangan tersebut, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 manakala Mohamad Arif selaku naib juara menerima RM3,200.
Menurut Chong Wei, sepanjang tiga kali beraksi bersama Mohamad Arif pada kejohanan sama, dia mendapati pemain muda negara itu telah mempamerkan banyak peningkatan.
"Jika dia terus bekerja keras meningkatkan gaya permainannya, Arif mampu menjadi seorang pemain yang disegani pada masa akan datang.
"Saya tak boleh komen sama ada dia boleh gantikan tempat Hafiz Hashim tetapi saya tahu dia boleh menjadi lebih bagus jika ada kemahuan ke arah itu.
"Saya juga harap, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) akan memberi peluang kepada lebih ramai pemain muda menyertai kejohanan yang kompetitif supaya mereka dapat menimba lebih banyak pengalaman," katanya ketika ditemui di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam.
Sementara itu, Tee Jing Yi terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan ke atas Sonia Cheah 14-21, 21-15, 21-14 pada final perseorangan wanita.
Kemenangan itu membolehkan Jing Yi meraih hadiah wang tunai RM4,000 manakala Sonia berpuas hati dengan RM2,000 selaku naib juara.
Gandingan beregu campuran, Tan Boon Heong/Chin Eei Hui menguasai kategori tersebut selepas menewaskan gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying 13-21, 21-18, 21-16 pada perlawanan akhir.
Mereka membawa pulang hadiah kemenangan RM3,200, manakala naib juara yang menjadi milik Peng Soon/ Liu Ying menerima RM1,600.
Gelaran juara bagi kategori wanita pula menjadi milik Ng Poau Leng/Woon Khe Wei yang berjaya mengatasi pasangan Chong Sook Chin/Goh Liu Ying dengan 21-18, 21-10.
Kemenangan itu membolehkan mereka menerima RM4,800 manakala Sook Chin/Liu Ying yang muncul naib juara meraih RM2,400.
Manakala kategori beregu lelaki pula menjadi milik pasangan Hoon Thien How/Tan Boon Heong.
Beregu pilihan kedua itu terpaksa berhempas pulas dan bermain dalam tiga set sebelum menang 21-14, 10-21, 21-19 ke atas pasangan Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari/Ong Soon Hock pada babak final.Sumber KOSMO!

SEJARAH TEATER

  • Teater adalah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.
  • Terdapat pelbagai jenis persembahan teater antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit.
  • Mengikut sejarah dunia, teater mula dipentaskan di Mesir pada tahun 2,500 sebelum Masihi.
  • Kemudian ia diperluaskan di Greek yang mana kebanyakan pementasan memainkan karakter mitos sejarah dan sebagai platform meluahkan perasaan dan kritik.
  • Pada abad ke 16 hingga ke 18, seni ini berkembang ke Sepanyol, Itali, Peranchis dan Russia.
  • Di Asia, ia dikatakan bermula di India pada 1,000 sebelum Masihi menggunakan bahasa Sanskrit. Ia berkembang ke China, Korea dan Jepun.
  • Di Malaysia teater boleh dibahagikan kepada dua iaitu lakonan tradisional seperti bangsawan, main puteri, makyong dan menora.
  • Pada era 80an, teater dimulakan oleh sekumpulan kecil mereka yang menyertainya secara sukarela.
  • Dengan terbinanya Istana Budaya (IB) pada September 1999, ia telah memberi impak yang besar kepada negara.
  • Namun, landskap pementasan teater di Malaysia mula diterima setelah teater Muzikal Puteri Gunug Ledang dipentaskan di IB.
  • Bagaimanapun, teater Natrah merupakan produksi terbitan IB yang telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila dipentaskan pada dua tahun lalu.
  • IB juga tidak menafikan bahawa teater muzikal telah membuka satu lembaran baru kepada perkembangan seni persembahan di negara ini.
  • Antara lokasi pementasan di negara ini ialah di Auditorium DBKL, KLPac dan Matic.

KAKI AZIZULHASNI AWANG DI TUSUK SERPIHAN KAYU

Walau pun kaki kirinya ditusuk serpihan kayu velodrom selepas terjatuh akibat belanggar dengan empat lagi pelumba, Azizulhasni tetap bangkit dan meneruskan perlumbaan untuk meraih pingat gangsa.
Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.
Ternyata semangat kental yang ditunjukkan pelumba berusia 23 tahun ini telah memukau penonton yang hadir bagi menyaksikan acara yang cukup dinanti-nantikan itu yang dimenangi pelumba sensasi Britain, Chris Hoy.
Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, dia akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu kira-kira sepanjang 20 sentimeter itu.
Sebelum berlepas ke Manchester pada Selasa lalu, Azizulhasni berjaya menyumbang dua pingat gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 di Korat, Thailand.
Dua pingat gangsa tersebut hadir menerusi acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut individu.
Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The Pocketrocketman, kini merupakan pelumba No. 1 dalam acara keirin dan sedang memburu tiket untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Azizulhasni berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin.
Ekoran daripada kecederaan itu, Azizulhasni tidak akan bersaing dalam acara pecut berpasukan awal pagi tadi (awal pagi Isnin). Tempatnya digantikan oleh Hafiz Sufian. Dua lagi pelumba negara ialah Muhamad Edrus Md Yunos, Josiah Ng.
Azizulhasni juga tidak akan bertanding pada kejohanan dunia di Apeldoorn, Belanda yang akan bermula pada 23 Mac depan.
P/S : Aku tabik spring lah dengan Azizul ni, hanya satu perkataan saja yang boleh aku kata pada beliau, iaitu anda seorang yang HEBAT !!
Aku doakan beliau cepat sembuh dan kecederaan ini tidak akan menjejaskan prestasi beliau. Amin

PETIKAN SITAR MENYENTUH JIWA

Walaupun anak muda hari ini lebih terdedah kepada peralatan muzik moden seperti gitar dan piano, namun ia bukan titik noktah bagi pejuang muzik sitar untuk terus memartabatkan alunan tradisi itu keseluruh pelosok dunia.
Keistemewaan sitar terletak pada getar alunan bunyinya yang mengusik naluri dan minda.


INFO SITAR :

  • Popular di India Utara.
  • Asalnya dari bahasa Parsi bermaksud Sehtar iaitu (seh - tiga dan tar - tali)
  • Pemain sitar tersohor dunia, Pandit Ravi Shanker dan Ustad Usman Khan Ustad Vilayat Khan.
  • Diperbuat daripada labu serta kayu yang ringan.
  • Mizrab sejenis dawai metal dipakai pada jari petunjuk tangan kanan untuk sitar.
  • Harga dari RM 1,500 - RM 2,600 seunit.
  • Sitar moden muncul pertama kali pada tahun 1700 ketika kejatuhan Empayar Moghul.
  • Amir Khusru dari India Utara di percayai pencipta sitar.
  • Kombinasi Veena (India Selatan dengan Sehtar (Parsi).
  • Berkembang di Malaysia mulai tahun 60 an.
  • Tabla, mridangam, surpeti/tambura, harmonium, damarugam dan flut adalah alat muzik tradisional India yang lain.

Sunday, February 20, 2011

HOT WHEELS

Sedang aku dok layan surat khabar ni, terlihatlah satu hobi yang agak menarik jugak ni iaitu meminati kereta mainan "Hot Wheels". Yang bestnya peminat - peminat nya bukan sebarangan orang dan ianya meliputi setiap lapisan masyarakat.

Nak citer lebih lanjut kau orang baca kat surat khabar lah yek ... kehh kehh kehh !!

Ni aku sertakan sikit info tentang Hot Wheels ni :





  • Dikeluarkan pada tahun 1968 oleh pengeluar permainan dari US, Mattel Inc.
  • Sebelum kehadiran Mattel, pasaran kereta cilik dikuasai oleh syarikat British Lesney di kenali sebagai kereta Matchbox.
  • Mempunyai beberapa variasi seperti kereta, motosikal, trak, keretapi dan sebagainya.
  • Model pertamanya menjadi rebutan peminat Hot Wheels dikenali sebagai Sweet 16.
  • Salah seorang pengumpul Hot Wheels terkenal ialah Mike Strauss.
  • Harga jualan Hot Wheels di Malaysia diantara RM 6.90 hingga RM 8.00 sebuah.
  • Produknya diiktiraf pengeluar kereta terkemuka dunia seperti GM, Ford, Chrysler, Ferrari, Mazda dan Toyota (Proton & Perodua ?? ).
  • Dianggarkan sebanyak 10,000 kenderaan Hot Wheels dikeluarkan di seluruh dunia setiap tahun.
  • Harga Hot Wheels termahal dicatatkan ialah Volkswagen Beach Bomb yang dijual pada harga USD 72,000 (RM 219,672) pada tahun 2000.

INGAT AKU SORANG ..!!

Tadi aku gi rayau - rayau kat blog kenkawan yang banyak kat alam maya ni. Rupa - rupanya ramai juga blogger yang menghadapi kata orang 'sindrom ilang idea'. sindrom ni sebenarnya dah lama aku hidapi .. kehh kehh kehh !! Sebelum nak up-date blog aku ni ... pufff macam macam nak tulis tapi bila dah 'sign in' jer ... tiba - tiba jer aku 'blank', entah apa yang aku nak tulis ... eeee kacau betul lah !

Pikir dok pikir kenkadang samapi jam 3 pagi masih tak der berita lagi yang keluar dari kepala otak aku ni ... last sekali aku jadi pelayar alam maya ni yg paling aktif .. kehh kehhh !! Ye lah dok masuk dari satu blog ke satu blog kenkawan sampai mata ngantok !!

Aku harap lepas ni idea datang jer aku terus on-line dan terus taip ... aaaa baru lah tak ilang !!

Oklah jumpa lagi di lain masa .. !!

Salam semua !

NAGA DI TEMUI DI KALIMANTAN

KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.

Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.

Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.

Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.


Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.

"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.

Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.

Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.

Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.

Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. - Agensi

Saturday, February 19, 2011

PENGASAS SYARIKAT KOMPUTER APPLE SAKIT !!

Pengasas kepada syarikat komputer Apple, Steve Jobs dijangka hanya boleh hidup selama enam minggu saja lagi ekoran sakit kanser yg di hadapinya.
Dia di lihat amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak sekali. 
Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidapi kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.
Berat badan pengasas syarikat Apple itu di katakan merosot dari 79.37 kg sebelum kanser kepada hanya 58.96 kg sahaja.
Menurut pakar perubatan "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang terjadi ototnya hilang disebabkan kanser." Sementara itu rambutnya semakin gugur kesan rawatan kemoterapi.
Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak USD 6 billion (RM 18.26 billion)


Komen : Walaupun doktor menjangkakan beliau hanya boleh hidup 6 minggu saja lagi tapi kita sebagai umat Islam, ketentuan hidup atau mati itu semuanya atas ketentuan Allah Yang Maha Esa...!!


INFO Steve Jobs

  • Dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco, California.
  • 1976 - Selepas gagal menamatkan pengajian di Kolej Reed, dia menubuhkan syarikat Apple dengan rakannya, Steve Woznick dan Ronald Wayne.
  • 1985 - Keluar dari syarikat Apple dan menubuhkan NeXT Corporation.
  • 1996 - Kembali semula menyertai Apple selepas syarikat itu membeli NeXT dan kemudian menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.
  • 2004 - Disahkan menghadapi penyakit kanser pankreas.
  • Lewat 2008 - Menjalani pembedahan pemindahan hati sebagai salah satu rawatan untuk kanser pankreas.
  • Awal 2009 - Mengambil cuti selama enam bulan.
  • Januari 2011 - Mengumumkan mengambil cuti atas sebab sebab kesihatan

Sumber : Daily Mail

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidul Rasul - 12 Rabiul Awal 1432H / 15 Feb 2011M

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul pada tahun ini, semoga kita semua dapat menjadikan iktibar dan contoh keperibadian Baginda Rasullulah S.A.W dalam kehidupan kita.
Disamping itu sambutan Maulidul Rasul diadakan untuk mengembalikan ingatan kita semua terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah S.A.W. Ini akan menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya didalam menegakkan agama Islam di bumi Allah ini.
Amin.


Tarikh Keputraan Baginda Rasullulah S.A.W :
Malam Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah sebelum subuh bersamaan 23 April 571 Masehi.

Monday, February 14, 2011

ISTERI KU LAYAK MENANG 183.5 MILLION EURO

Baru - baru ni isteri aku menerima satu surat yang menyatakan dia layak untuk memenangi satu cabutan EuroMillion Lotto bernilai 183.5 Million Euro.
Terkejut beruk org umah aku, boleh menang sebanyak tu dan paling kurang USD 14,000.00.
Bila dia dok sibuk bercerita aku cool jer sambil tersenyum kat dia, last last dia tanyer naper dok senyum jer? Aku suruh dia teliti balik surat tu ada tak dia org suruh masukkan duit sekian sekian banyak kat akaun dia org. Belik punya belik org umah aku kata kena bayar USD 18.50 lah !!!
Aku kata sah sah penipu besar punya peraduan or cabutan, aku kata kalau betul nak bagi kenapa nak perlu masukkan dulu lak ?




Terkedu org umah aku ... terus dia gi masak !! kehh kehhhh ciannn !!
Yang aku heran ni macam mana dia org boleh dapat alamat org umah aku ni, bukan alamat rumah tapi alamat opis lak tu !
Surat ni bukannya datang dari Malaysia tetapi oversea - Holland tuuu .. jauh tuu !!
Sah sah ada hamba Allah kat Malaysia ini yang tolong dapatkan alamat opis org umah aku ni, hisss tak der kerja langsung betul lah dia org ni ... nak menipuuu jer kerja ehh !!
Aku haraplah pada pihak yg berkenaan ( aku x tau lah siapa) tolong tolong lah tengok tengok kan perkara ni. Bayangkan kalau sorang kasi dia org USD 18.50 kalau 10 juta orang .. emmm kau orang kiralah sendiri berapa banyak dia org dapat duit atas angin !!!


Daripada kasi dia org tu USD 18.50 baik kasi aku, boleh gak aku buat beli lelayang ... kehh kehh kehh !!

PESTA LAYANG-LAYANG DI WOW! PUTRAJAYA

Hari ni baru aku sempat membawa keluarga aku berjalan - jalan di WOW ! Putrajaya (hari akhir ni), Lokasi yg aku tuju terus sudah semestilah kat tapak pertunjukkan layang - layang terutama lak setiausaha agong penganjur permainan layang - layang ni iaitu Persatuan Pelayang Putrajaya adalah kawan aku saudara Din Deraman. Dari jauh jerlah aku nampak dia memang sibuk petang tadi ... ialah org kuat kan ! Apa - apa pun aku ucapkan tahniahlah kepada beliau dan geng dia yang bertungkus lumus menjayakan program ini.


Bersama ni aku sertakan beberapa pic akan kemeriahan program tersebut !!!


  
Bila tengkuk dah lenguh, aku bawalah keluarga aku pergi jenguk - jenguk pulak kat gerai - gerai lain, fuhhh rambang mata di buatnya tapi belum sempat nak lakukan upacara pilih memilih, hujan pula turun dengan lebatnya. Terperangkap dalam hujan lebat dekat nak maghrib baru boleh bergerak kereta.













Sunday, February 13, 2011

HEBATNYA KUASA RAKYAT

Selepas 18 hari ber demO akhirnya Presiden Mohd Hosni Murbarak tumbang atas tedasakkan rakyat Mesir.
Buat masa tentera mengambil alih pemerintahan negara buat sementara sehingga di adakan pilihanraya.

Adakah rakyat Mesir akan mendapat pemimpin yang benar ikhlas memimpin rakyatnya atau sebaliknya. Sama - sama lah kita lihat kesudahannya.

Tapi aku amat kagum dan teruja .. betapa kalau rakyat bersatu hati dan ikhlas demi masa depan yang lebih baik, tiada apa yang dapat menghalang kejatuhan pemerintah yang korup.

Fikir fikirkan lahh !!!

Dengan jatuhnya Mubarak ini diharap pintu masuk ke Gaza akan dibuka semula dan bantuan akan lebih mudah lagi di hantar kepada rakyat Pelastin.

Amin.

Friday, February 11, 2011

Tanglung Terbang Ancam Pesawat !

Hari ni aku baca dalam paper ... Tanglung yang diterbangkan (dimainkan oleh kaum cina) boleh mengancam pesawat hingga boleh menyebabkan kebakaran dan letupan sekiranya berlanggar dengan pesawat di angkasa.

Rupa-rupa eh tanglung yg dikenali sebagai Tanglung Kong Ming boleh diterbangkan angin sehingga mencapai tahap ketinggian 1,800 meter. Pufff tinggi tu !!

Rupa-rupa ehh juga kat luar negara yang ramai keturunan cina seperti Hong Kong dan Singapura telah pun diharamkan permainan tanglung Kong Ming ni !!

Di Malaysia pula pada sesiapa yang melanggar peraturan larangan permainan tanglung ni boleh dipenjarakan atau denda menurut Seksyen 285 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957.

INFO TANGLUNG KONG MING

1.  Dikenali sebagai Kong Ming Deng
2.  Dibuat daripada kertas minyak
3.  Ditulis dengan pelbagai hajat sebelum dilepaskan
4.  Memerlukan bahan api seperti lilin untuk diterbangkan



Karnival WOW ! Putrajaya 2011

Putrajaya berpesta lagi .. kali ni Karnival WOW! Putrajaya pulak mengambil tempat. Karnival ini di adakan sempena 10 tahun Putrajaya diistihar sebagai Wilayah Persekutuan. Pelbagai acara telah diatur untuk memeriahkan sambutan ulangtahun tersebut.

Karnival bermula pada 11hb hingga 13hb Februari 2011 dan akan diadakan di Tapak Pasar Malam Persint 2, Putrajaya.


Keterangan lanjut boleh lah rujuk banner dibawah :



Jangan lupa bawa keluarga sambil bersantai di hujung minggu. 

Jumpa disana. Amin.



Posting Pertama.

Jam 1.53am - Jumaat - 11hb Feb 2011. Aku mula menghantar posting ke blog ini.
Aku harap dengan adanya blog ini membolehkan aku berkongsi pendapat dengan rakan-rakan di luar sana. Amin