Friday, March 11, 2011

BERSALAM DENGAN IBU MERTUA

Kemusykilan tentang salam ngan Mak Mentua ni kira BATAL air sembahyang kO tak ? Ni aku petik dari soal jawab lam suratkaba ari ni.


IBU MERTUA adalah mahram selama - lamanya disebabkan oleh pernikahan.
Ini bermaksud wanita yang haram dikahwini oleh seorang lelaki selama -lamanya walau apa jua keadaan sekali pun. Sekiranya bersentuhan antara kedua -duanya, hukumnya TIDAK BATAL WUDUK disebabkan mereka berdua adalah mahram MUA'BAD (selama - lamanya).
Ia berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan - perempuan yang berikut): ibu - ibu kamu, dan anak - anak kamu, dan saudara - saudara bapa kamu, dan saudara - saudara ibu kamu dan anak - anak saudara kamu yang lelaki, anak - anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu - ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara -saudara susuan kamu, dan ibu - ibu isteri kamu, dan anak - anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri - isteri yang kamu telah campuri ; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkawin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak - anak kamu sendiri yang berasal daripada benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpun dua beradik sekali (untuk menjadi isteri - isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nisa':24).


p/s : Jangan adO lak yang dok mengatal kalau ayah kaO org kawin Omak muda yang cun melecun. Dia dah kira cam Omak kita sendiri tuuu ...!!!



No comments: