Tuesday, March 15, 2011

MEMBER AKU DAH JADI USAHAWANITA BERJAYA


Aku dok merayau - rayau dari satu blog ke satu blog terjumpa lak blog ni. Rasa cam kenal tuan punyer blog ini, betul lah kawan aku punyer ruper eh ! Dah berjaya dah dia ruper eh .. tahniah ! Kalau ader saper saper memerlukan khidmat andaman dan photografi leh lah hubungi kawan aku ni. Nak diskaun ? aaa sebut jer nama aku ... kehh kehh kehh !!!


Selamat maju jaya Sadar !!



BENCANA : TOKYO BAKAL DI CEMARI RADIASI KURANG DARI 10 JAM.


Berita ni aku cilok dari blog ni . Risau gak kalau benar berita ni, aku rasa radiasi tu kalau angin bertiup kencang leh sampai ke Malaysia ni. KaO orang baca lah aktikel ni yek !!


Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News. 

Mengikut laporan Reuters angin perlahan yang bertiup akan member kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo.

Menurut laporan terkini tahap radiasi kini berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuclear dinasihatkan berada di dalam rumah.

_________________________________________
Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Jurucakap berkata, agensi keselamatan nuklear negara berkenaan memberitahu ia sudah dimaklumkan oleh pengendali loji bahawa tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat. 

Tahap radiasi lebih tinggi dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News. 

Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu. Tiada maklumat lanjut setakat ini. Loji sejauh 250 kilometer di timur laut Tokyo itu mengalami tiga letupan gas hidrogen sejak Sabtu lalus selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan sistem penyejukan reaktor.