Friday, March 11, 2011

CARA MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNAH

Ari ni ari Jumaatkan, so adalah disunatkan memotong kuku pada hari ini, sebelum solat Jumaat. Tapi jangan lak ambik sunat potong kuku jer, solat Jumaat konO lah pergi kang (pada yang lelaki lah).


Memotong kuku sunat dimulai sebelah kanan. Kerana terdapat keterangan hadis, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya "setiap sesuatu perkara(yang baik) di mulai dari sebelah kanan seperti memakai kasut, memulai melangkah berjalan, bersuci dan lain lainnya." (Hadis riwayat Muslim dari Aisyah).


Imam Nawawi pula menyebut tentang cara - cara memotong kuku; "Sunat memulai memotong kuku kedua tangan lebih dahulu sebelum memotong kuku kaki. Sunat pula memulai memotong kuku tangan kanan dahulu sebelum tangan kiri. Sunat memulai memotong kuku jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking. Selepas itu berpindah ke tangan kiri, dimulai jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan jari ibu, kemudian baru lah jari ibu tangan kanan. Selepas memotong kuku tangan baru berpindah memotong kuku kaki, di mulai dengan jari kelingking kaki kiri membawa ke jari - jari selanjutnya hingga tamat ke jari kelingking kaki kanan.


Ada pun had memotong kuku sama ada ia telah panjang atau tidak ialah selama 40 hari. Tetapi jika telah panjang hendaklah segera dipotong, kerana membiarkan kuku panjang hukumnya makruh.
Dari Annas bin Malik R.A bahawa kata; "Rasulullah SAW menjadualkan kami paling lama 40 hari supaya menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari - ari" (Riwayat Muslim, Abnu Majah, Ahmad, Tirmizi, An Nasai'e dan Abu Daud).







No comments: