Thursday, March 24, 2011

PENYAKIT TIBI BUKAN SANTAU

Aktikel ni aku ambik dari sebuah akhbar. Tetarik dengan tajuk nya sebab aku pernah berjumpa seseorang yang menyangka yang dirinya telah disantau dan puaslah pergi berubat serata Malaysia bagi mengubati penyakit yang dikatakan disantau tapi akhirnya disahkan kerna penyakit Tibi. Nasib sompek jumpO doktO .... kehh kehh kehh !!!!


Fakta Tibi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

  • Secara keseluruhan, penyakit ini telah membunuh lebih ramai orang muda berbanding orang dewasa.
  • Dinegara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, tibi banyak menyerang orang muda. Sementara di negara mebangun pula, penghidap tibi terdiri daripada warga emas.
  • Tibi masih berleluasa di Eropah Timur, Asia Tenggara dan kawasan subsahara Afrika.
  • Kewujudan AIDS menyebabkan penyakit tibi meningkat 10 kali ganda di seluruh dunia.
  • Penghidap tibi yang tidak menjalani rawatan secara sistematik berupaya menyebarkan penyakit itu kepada 10 atau 15 orang disekelilingnya dalam tempoh setahun.
  • Kajian WHO mendedahkan, setiap satu saat, penduduk dunia akanterdedah kepada penyakit tibi.
  • Didapati satu pertiga populasi dunia menghidap tibi.
  • 1.7 juta orang telah mati akibat tibi pada tahun 2009. Sekitar 380,000 adalah terdiri daripada wanita. 380,000 adalah penyakit tibi yang mempunyai HIV.
  • Tibi adalah tiga faktor terbesar yang menyebabkan kematian wanita yang berumur diantara 15 tahun ke 44 tahun.
  • Pada tahun 2009 sebanyak 9.4 juta kes tibi terbaru dicatitkan (3.3 juta adalah wanita) termasuk 1.1 juta kes dikalangan pesakit HIV.
  • Mengikut perangkaan global, 86 peratus pesakit telah sembuh daripada tibi setelah mengikut rawatan yang telah ditetapkan.

SPM 2010

Tahniah .. lebih 9,000 orang calon SPM 2010 tersenyum riang kerana berjaya memperolehi semua A selepas mengambil keputusan mereka yang diumumkan semalam.
Mereka adalah sebahagian daripada 467,970 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lepas. 
Tahun ini seorang lagi anak aku akan menduduki peperiksaan SPM ni dan aku doakan dia akan juga menggikuti jejak langkah kakak - kakak dan abang nya.  Amin.