Wednesday, March 9, 2011

HAYABUSA KERETAPI PELURU TERBARU

Keratapi peluru terbaru Jepun yang dikenali sebagai Hayabusa atau Helang membuat penampilan sulung dengan kelajuan mencecah 319 km per jam baru - baru ini.
Hayabusa yang mempunyai gerabak mewah seperti dalam pernerbangan kelas bisnes akan memulakan perkhidmatan dengan menawarkan dua perjalanan sehari dari Tokyo ke Aomari, utara Jepun. Ia juga akan melakar sejarah tersendiri apabila melalui laluan utama Pulau Honshu yang sebelum ini tidak termasuk dalam laluan keretapi peluru. Selain daripada itu, keretapi peluru terbaru itu turut menawarkan satu perjalanan sehari di Sendai yang terletak di antara Tokyo dan Aomori.

No comments: