Wednesday, March 30, 2011

PENGHARAMAN POCO POCO OLEH MAJLIS AGAMA PERAK

Aku baru dapat surat pngharaman tarian/senaman Poco Poco oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak kerna didakwa ianya diamalkan sebagai tarian pemujaan roh d Jamaica. U all bacalah yek surat perkeliling ni yek !!!
Klik utk melihat lebih jelas

Tuesday, March 29, 2011

PENYERANG BARU DARI BRAZIL


 Neymar da Silva Santos Junior

Brazilian football continues to produce highly-talented youngsters who go on to become household names in the elite leagues of European football. The latest of this crop of players is Santos striker Neymar, an incredibly skilled 18-year-old who is destined to follow in the footsteps of idol and club team-mate Robinho, or to a greater extent the footsteps of Santos and Brazilian football legend Pele. Although still very young Neymar — who is valued at €30 million — has demonstrated sufficient potential to be amongst the greatest strikers in Brazilian football history, but with the number of incredibly talented players the country has produced over the years living up to the hype will be a daunting challenge.
Neymar joined Santos at age nine, but made his professional debut with the club in 2009 when 17. Since then he has received ongoing praise for the amount of quality he possesses on the football field. The youngster is extremely skilful, and catches the attention of onlookers because of his lighting speed and technical ability. Much in the same manner as Robinho he has a cathedral of tricks up his sleeve, and his incredible dribbling skills and high scoring-rate allows him to stand apart from the rest.
Can Neymar replicate Robinho…Pele?
Because Neymar’s characteristics are identical to that of Robinho’s, the player has received ongoing comparisons with the former Real Madrid and Manchester City ace (Robinho is on loan to Santos from City). But to a much greater extent, the Brazilian press have even gone to the extreme of comparing him to Pele — it is much too early to make such a comparison. Observers are confident that a bright future with the Selecao awaits him, even if Neymar has yet to make an appearance for the five-time world champions.
Neymar clearly has what it takes to succeed in one of Europe’s top clubs, however, he intends to remain at Santos before making the big leap in order to mature and to help Santos win local and international trophies. This seems the best way to go as when representing Brazil at the U-17 World Cup in 2009, Neymar performed well below his potential as the Brazilians crashed out in the first round. A weight of expectation continues to lie on Neymar’s shoulders, but even if talented, to get the most out of the striker he can’t be rushed.
What the future holds…
Even before making his official debut for Santos, Neymar attracted the attention of several top European clubs including Spanish giants Real Madrid (club he briefly played for as a youth player) . His unique talent was clearly noticeable, but despite impressing the Spaniards Santos rejected Madrid’s offer, before presenting him with an opportunity to play for Santos’ first team. With Santos he has lived up to his potential, and even if still young, it just seems a matter of time before he signs a lucrative contract with a major European club. In April, 2010, Madrid again expressed their desire to sign the player, but he will have to weigh his options, as reportedly Barcelona, Chelsea, Manchester United, Arsenal, Manchester City and AC Milan are also after his signature.
Neymar has been the talk of Brazilian football for several months now, and his outstanding form in the Sao Paulo State championship with Santos this year — he has scored 12 goals — has kept alive his chances of making Brazil’s 23-man squad for the World Cup in South Africa. Due to his performances with Santos, fans and the Brazilian press alike have pressured Dunga into selecting the talented prodigy, much like Brazil did with Kaka in ’02, Ronaldo in ’94 and Pele in ’58.
The great Pele is even in favour of his inclusion, stating: “If I were the coach, I’d take him (to the World Cup). Some say he is too young, but at 16 years of age I was already in the national team.” Whether Neymar makes the cut or not, he is destined to become an integral part of the Selecao in the near future. Expect to see a lot from Neymar in the coming years.
Player Details
Full name: Neymar da Silva Santos Junior
Position: Striker
Date of Birth: February 5, 1992 (18)
Place of Birth: Mogi das Cruzes, Brazil
Height: 1.73 metres
Club: Santos

BAPA PENGASAS INTERNET MENINGGAL DUNIA

LOS ANGELES - Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California pada Sabtu lalu, lapor akhbar The New York Times semalam.
Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS.
Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru.
Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut.
Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu.
"Baran tidak takut memilih jalan bertentangan dengan pendapat dan idea semasa," seorang timbalan presiden syarikat Google, Vinton Cerf dipetik sebagai berkata oleh akhbar berkenaan.
"AT&T berulang kali menyatakan bahawa idea rangkaian Internet itu tidak akan berjaya dan enggan terlibat dalam projek Arpanet," tambahnya.
Arpanet kemudian dibina oleh Jabatan Pertahanan AS dalam tahun 1969, lapor akhbar The New York Times. Ia akhirnya digantikan dengan Internet yang kita kenali sekarang. - AFP

Friday, March 25, 2011

HUKUM MENCABUT N MENCUKUR BULU KENING

Salah satu persolekan zaman moden ini yang agak keterlaluan dilakukan oleh wanita ialah mencabut bulu kening sehingga menjadi nipis atau dihaluskan bentuknya. Islam memandang perbuatan tersebut sebagai satu usaha mengubah kejadian Allah dan hukumnya HARAM.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a dalam sebuah hadis Mauquf, katanya; "Allah mengutuk para wanita yang mentatto dan ditattokan kulitnya, yang mencabut bulu alis mata dan yang dicabut alis 
matanya, para wanita yang mengalir (mengasah) giginya untuk kecantikan dan yang mengubah-ubah ciptaan allah".
Hadis lain selanjutnya menjelaskan bahawa; "Rasulullah SAW meLAKNAT perempuan yang mencukur atau mencabut bulu alis atau yang diminta dicukur atau dicabutnya", (Riwayat Abu Daud, dengan sanad Hassan - dalam Fathul Bari).
Imam Hambali berpendapat kalau perempuan mencukur alis, meruncing bulu matanya dan mewarna wajah dengan alat solek dengan izin suami dibolehkan kerana ia termasuk bersoleh untuk suami. Tapi kalau dilakukan bukan untuk suami, diHARAMkan.
Tapi Iman Nawawi memperketatkan hukumnya dan mensifatkan perbuatan mencukur bulu kening sama sekali tidak dibolehkan, kerana perbuatan mencukur alis tidak dianggap bersolek, tapi mengubah ciptaan Allah. Sandaranya adalah nas-nas (hadis) diatas.


**p/s: Pada pandangan aku lah kan, kalau dah d cukur bulu kening tu langsung tak cantik kena pulak bila muka tu d basuh (cth ambik air sembahyang) ... pufff punyer lah hodoh, dah jadi cam muka Kane adik Under Taker lam gusti tu !!! Kalau aderlah kenkawan aku yg dok cukur bulu kening tu lps ni biarkanlah bulu kening tu tumbuh balik ... hodoh u x der bulu kening wa cakap lu !!

Thursday, March 24, 2011

PENYAKIT TIBI BUKAN SANTAU

Aktikel ni aku ambik dari sebuah akhbar. Tetarik dengan tajuk nya sebab aku pernah berjumpa seseorang yang menyangka yang dirinya telah disantau dan puaslah pergi berubat serata Malaysia bagi mengubati penyakit yang dikatakan disantau tapi akhirnya disahkan kerna penyakit Tibi. Nasib sompek jumpO doktO .... kehh kehh kehh !!!!


Fakta Tibi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

  • Secara keseluruhan, penyakit ini telah membunuh lebih ramai orang muda berbanding orang dewasa.
  • Dinegara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, tibi banyak menyerang orang muda. Sementara di negara mebangun pula, penghidap tibi terdiri daripada warga emas.
  • Tibi masih berleluasa di Eropah Timur, Asia Tenggara dan kawasan subsahara Afrika.
  • Kewujudan AIDS menyebabkan penyakit tibi meningkat 10 kali ganda di seluruh dunia.
  • Penghidap tibi yang tidak menjalani rawatan secara sistematik berupaya menyebarkan penyakit itu kepada 10 atau 15 orang disekelilingnya dalam tempoh setahun.
  • Kajian WHO mendedahkan, setiap satu saat, penduduk dunia akanterdedah kepada penyakit tibi.
  • Didapati satu pertiga populasi dunia menghidap tibi.
  • 1.7 juta orang telah mati akibat tibi pada tahun 2009. Sekitar 380,000 adalah terdiri daripada wanita. 380,000 adalah penyakit tibi yang mempunyai HIV.
  • Tibi adalah tiga faktor terbesar yang menyebabkan kematian wanita yang berumur diantara 15 tahun ke 44 tahun.
  • Pada tahun 2009 sebanyak 9.4 juta kes tibi terbaru dicatitkan (3.3 juta adalah wanita) termasuk 1.1 juta kes dikalangan pesakit HIV.
  • Mengikut perangkaan global, 86 peratus pesakit telah sembuh daripada tibi setelah mengikut rawatan yang telah ditetapkan.

SPM 2010

Tahniah .. lebih 9,000 orang calon SPM 2010 tersenyum riang kerana berjaya memperolehi semua A selepas mengambil keputusan mereka yang diumumkan semalam.
Mereka adalah sebahagian daripada 467,970 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lepas. 
Tahun ini seorang lagi anak aku akan menduduki peperiksaan SPM ni dan aku doakan dia akan juga menggikuti jejak langkah kakak - kakak dan abang nya.  Amin.

Friday, March 18, 2011

HARTA & TANGGUNGJAWAB ANDA

Umumnya harta adalah rezeki jika ianya dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Sebaliknya harta yang banyak jika disimpan tanpa dimanfaat, apabila mati meninggalkannya tidaklah dikira sebagai menikmati rezeki Allah dengan sebaiknya. Bahkan ianya termasuk golongan yang tidak mendapat baraqah rezeki dan mensia-siakan nikmat kurnian Allah s.w.t.
Untuk mendapatkan harta yang halal kita perlu melakukan usaha mencari rezeki atau pendapatan yang halal. Harta yang halal pula tidak boleh dipendamkan atau disimpan tanpa menunaikan haknya. Hak - hak keatas harta jika cukup syaratnya, wajib dizakatkan dan layak menunaikan fardhu haji.
Harta yang banyak jika dibelanjakan dengan bersedekah, membangunkan fardhu kifayah, berderma, menunaikan haji dan umrah bukannya sesuatu yang merugikan, sebaliknya akan bertambah baraqah dan membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi. Maknanya rezeki atau harta tersebut akan dilipatgandakan oleh Allah s.w.t.
Tidak memiliki harta juga suatu kepayahan yang menganggu fikiran dan ketenangan. Lantaran itu berusahalah mencarinya di samping berserah diri kepada Allah s.w.t. dan mengamlkan doa dan zikir yang dapatmemurahkan rezeki, melapangkan hidup dan menenangkan hati. Amin.

Tuesday, March 15, 2011

MEMBER AKU DAH JADI USAHAWANITA BERJAYA


Aku dok merayau - rayau dari satu blog ke satu blog terjumpa lak blog ni. Rasa cam kenal tuan punyer blog ini, betul lah kawan aku punyer ruper eh ! Dah berjaya dah dia ruper eh .. tahniah ! Kalau ader saper saper memerlukan khidmat andaman dan photografi leh lah hubungi kawan aku ni. Nak diskaun ? aaa sebut jer nama aku ... kehh kehh kehh !!!


Selamat maju jaya Sadar !!



BENCANA : TOKYO BAKAL DI CEMARI RADIASI KURANG DARI 10 JAM.


Berita ni aku cilok dari blog ni . Risau gak kalau benar berita ni, aku rasa radiasi tu kalau angin bertiup kencang leh sampai ke Malaysia ni. KaO orang baca lah aktikel ni yek !!


Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News. 

Mengikut laporan Reuters angin perlahan yang bertiup akan member kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo.

Menurut laporan terkini tahap radiasi kini berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuclear dinasihatkan berada di dalam rumah.

_________________________________________
Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Jurucakap berkata, agensi keselamatan nuklear negara berkenaan memberitahu ia sudah dimaklumkan oleh pengendali loji bahawa tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat. 

Tahap radiasi lebih tinggi dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News. 

Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu. Tiada maklumat lanjut setakat ini. Loji sejauh 250 kilometer di timur laut Tokyo itu mengalami tiga letupan gas hidrogen sejak Sabtu lalus selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan sistem penyejukan reaktor.


Monday, March 14, 2011

KELIRU N MEMENINGKAN KEPALA

Gelaran wanita pertama merujuk isteri PM - Nazri

14/03/2011 12:57pm


KUALA LUMPUR 14 Mac – Panggilan Wanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri Perdana Menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.
"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu.
Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketua Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun,” katanya.
Justeru, tidak perlu timbul sebarang kekeliruan dari segi penggunaan gelaran tersebut, katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.
Mengenai peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan Wanita Pertama pada 2011, Mohamed Nazri berkata, tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri.
Menjawab soalan tambahan Johari, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa tidak wujud unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri.
Katanya penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercanggah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama. - Bernama

Aktikel di atas aku copy n paste dari Utusan On-Line.

p/s ; Pening aku dibuatnya dengan pelbagai terma - terma yang kadang - kadang macam tidak mengikut yang sepatutnya.

Ni aku listkan contohnya yek :
1. Peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama Negara.

2. Dah jadi kebiasaan lak sekarang ni .... 
         - Bangsa Melayu         sepatutnya        Kaum Melayu
         - Bangsa Cina             sepatutnya        Kaum Cina
         - Bangsa India             sepatutnya        Kaum India
Setau aku hanya penggunaan Bangsa ni untuk menunjukkan Bangsa Malaysia yg didalamnya ader pelbagai kaum. Ini yang diajar oleh cikgu aku dulu di sekolah tak tau lah pulak cikgu skarang ajar lain.

3. Kementerian Dalam Negeri ...... kementerian ni jaga negeri mana lak yek? Negeri Selangor or Perak kot???

4. Kementerian Luar Negeri ........ ni pun satu dia jaga luar negeri mana ?

Tak silap aku kedua dua kementerian ni menjaga kepentiangan Malaysia didalam n diluar negara.
Mungkin aku silap tapi aku merujuk pada aper yang cikgu aku ajar dulu jerr . Yang teruknya terma - terma ni dah jadi cam biasa jer lak skarang ni, baik dalam lagu, iklan dan pelbagai lagi. 

EEEeeeeee pening aku, kaO orang tak pening ker ?? kehh kehh kehh !!!


JUARA ALL ENGLAND KALI KEDUA

Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan Badminton All England yang di menanginya pada tahun lepas dengan mengalahkan musuh tradisinya dari China, Lin Dan dengan dua set 21-17 & 21-17. Pada tahun lepas beliau mengalahkan jaguh muda dari Jepun, Kennichi Tago 21-19 & 21-19. Kemenangan ini juga dikira sebagai penebus kekalahan Chong Wei di Terbuka Korea, Januari lepas. Pada perlawanan ini Chong Wei berjaya mengawal gelangang dengan baik sekali dan hanya memerlukan 51 minit untuk mempertahankan gelaran tahun lepas nya.
Rekod pertemuan Chong Wei dengan Lin Dan semenjak Februari 2004 masih lagi dikuasai oleh jaguh China itu dari 23 pertemuan, 15 kali dimenangi oleh Lin Dan dan 8 kali oleh Chong Wei.
Tahniah Chong Wei dan beliau kira bernasib baik menang di England kalau kat Malaysia sah - sah lemas !!! kehh kehh kehhh ......!



Friday, March 11, 2011

CARA MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNAH

Ari ni ari Jumaatkan, so adalah disunatkan memotong kuku pada hari ini, sebelum solat Jumaat. Tapi jangan lak ambik sunat potong kuku jer, solat Jumaat konO lah pergi kang (pada yang lelaki lah).


Memotong kuku sunat dimulai sebelah kanan. Kerana terdapat keterangan hadis, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya "setiap sesuatu perkara(yang baik) di mulai dari sebelah kanan seperti memakai kasut, memulai melangkah berjalan, bersuci dan lain lainnya." (Hadis riwayat Muslim dari Aisyah).


Imam Nawawi pula menyebut tentang cara - cara memotong kuku; "Sunat memulai memotong kuku kedua tangan lebih dahulu sebelum memotong kuku kaki. Sunat pula memulai memotong kuku tangan kanan dahulu sebelum tangan kiri. Sunat memulai memotong kuku jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking. Selepas itu berpindah ke tangan kiri, dimulai jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan jari ibu, kemudian baru lah jari ibu tangan kanan. Selepas memotong kuku tangan baru berpindah memotong kuku kaki, di mulai dengan jari kelingking kaki kiri membawa ke jari - jari selanjutnya hingga tamat ke jari kelingking kaki kanan.


Ada pun had memotong kuku sama ada ia telah panjang atau tidak ialah selama 40 hari. Tetapi jika telah panjang hendaklah segera dipotong, kerana membiarkan kuku panjang hukumnya makruh.
Dari Annas bin Malik R.A bahawa kata; "Rasulullah SAW menjadualkan kami paling lama 40 hari supaya menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari - ari" (Riwayat Muslim, Abnu Majah, Ahmad, Tirmizi, An Nasai'e dan Abu Daud).







BERSALAM DENGAN IBU MERTUA

Kemusykilan tentang salam ngan Mak Mentua ni kira BATAL air sembahyang kO tak ? Ni aku petik dari soal jawab lam suratkaba ari ni.


IBU MERTUA adalah mahram selama - lamanya disebabkan oleh pernikahan.
Ini bermaksud wanita yang haram dikahwini oleh seorang lelaki selama -lamanya walau apa jua keadaan sekali pun. Sekiranya bersentuhan antara kedua -duanya, hukumnya TIDAK BATAL WUDUK disebabkan mereka berdua adalah mahram MUA'BAD (selama - lamanya).
Ia berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan - perempuan yang berikut): ibu - ibu kamu, dan anak - anak kamu, dan saudara - saudara bapa kamu, dan saudara - saudara ibu kamu dan anak - anak saudara kamu yang lelaki, anak - anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu - ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara -saudara susuan kamu, dan ibu - ibu isteri kamu, dan anak - anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri - isteri yang kamu telah campuri ; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkawin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak - anak kamu sendiri yang berasal daripada benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpun dua beradik sekali (untuk menjadi isteri - isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nisa':24).


p/s : Jangan adO lak yang dok mengatal kalau ayah kaO org kawin Omak muda yang cun melecun. Dia dah kira cam Omak kita sendiri tuuu ...!!!



Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Gambar: Datin Seri Shanaz A.Majid (kiri), menantu kepada Ketua Menteri Sarawak ditemani peguam Dr Mohd Rafie Mohd Shafie selepas memfailkan tuntutan fasakh sebanyak RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian daripada suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu. - THE STAR/NORAFIFI EHSAN

Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.

Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau.

Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Pada prosiding itu, peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili plaintif memaklumkan Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat menyerahkan saman kepada defendan, walaupun percubaan telah dilakukan pada 28 Februari lalu.

“Pihak kami tidak dapat masuk ke rumah defendan yang terletak di Duta Nusantara (di sini), maka kami memohon perintah mahkamah supaya saman berdaftar disampaikan kepada beliau melalui mahkamah,” tambahnya.

Justeru itu, Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan kes tersebut disebut semula pada 24 Mac ini.

Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.

Dakwanya, defendan merupakan seorang yang sangat berkemampuan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Cahaya Mata Sarawak yang menjalankan pelbagai perniagaan dan pelaburan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Rafie memberitahu, permohonan mutaah dan harta sepencarian tersebut telah ditetapkan untuk menjalani rundingan secara sulh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 15 Mac ini. - Berita ni aku cilok dari Blog ni ha ! (Sori brO aku cilok tanpa izin yek)

JUSTIN BIEBER

Meh kiter layan jap citer budak orang putih umur 16 tahun dari Ontario, Kanada ni yang menjadi kegilaan budak - budak pompuan seluruh dunia ni. Aper yang sedap sangat ngan suara n lagu dia pun aku pun tak tau lah. Ari tu aku ader tengok kat tv dia nyanyi live ... hancussss !! Tak samer langsung ngan suara dia kat dalam rekod dia. Bila dia menari lak keras jer sama macam masa Mawi mula - mula masuk AF dulu... kehh kehh !!


Apa - apa pun ni info tentang budak mat salleh ni :

  • Dilahirkan pada 1 Mac 1994 dan merupakan anak tunggal kepada Pattie Mallette.
  • Menerusi laman web Twitter, namanya dilawati lebih 85,000 kali sehari. Manakala di Last.fm mencatat lagu nyanyiannya dimainkan lebih sajuta kali dalam tempuh 24 jam.
  • Di laman You Tube pula, Bieber menjadi raja media online apabila 100 juta peminat menonton video persembahannya.
  • Kini terlibat dengan dunia lakonan dalam siri jenayah terbitan CBS, CSI: Crime Scene Investigation melakonkan watak remaja bermasalah.
  • Filem 3D Bieber yang menceritakan perjalan hidupnya hasil arahan John Chu berjudul Never Say Never telah pun ditayangkan.


Pada aku lah kalau nak dibandingkan suara c Bieber ni, lebih merdu lagi suara Aizat. Dan kalau diberi peluang Aizat akan lebih digilai oleh peminat diseluruh dunia. Aku juga tak heran kalau 20, 30 tahun akan datang Aizat ni akan dianggap sebagai sifu sama sepertimana pandangan peminat terhadap M. Nasir sekarang ini.



Wednesday, March 9, 2011

HAYABUSA KERETAPI PELURU TERBARU

Keratapi peluru terbaru Jepun yang dikenali sebagai Hayabusa atau Helang membuat penampilan sulung dengan kelajuan mencecah 319 km per jam baru - baru ini.
Hayabusa yang mempunyai gerabak mewah seperti dalam pernerbangan kelas bisnes akan memulakan perkhidmatan dengan menawarkan dua perjalanan sehari dari Tokyo ke Aomari, utara Jepun. Ia juga akan melakar sejarah tersendiri apabila melalui laluan utama Pulau Honshu yang sebelum ini tidak termasuk dalam laluan keretapi peluru. Selain daripada itu, keretapi peluru terbaru itu turut menawarkan satu perjalanan sehari di Sendai yang terletak di antara Tokyo dan Aomori.

Saturday, March 5, 2011

CV IBLIS LA'NATULLAH

Menarik dengan CV ni, aku rasa semua kenkawan aku kena tau tentang CV ni yang aku ambik dari Blog ni so aku copy n paste kat sini buat pengetahuan kita semua. Amin.

BIODATA IBLIS


PENGENALAN DIRI


Nama : Iblis La’natullah
Tarikh Lahir : Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintah
Status diri : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati yang lalai
Tuju arah Perjalanan : Bengkang-bengkok (tidak ada haluan)
Tempat tinggal tetap : Neraka Jahanam (tempat paling celaka)
Isteri Di Dunia : Wanita yang tidak menutup aurat
Kaum Kerabat : Semua golongan tirani (Taghut)

STATUS PERNIAGAAN

Modal Pusingan : Angan-angan kosong
Tempat Pertemuaan : Pasar
Musuh/saingan : Setiap orang Islam
Dalil/Hujah : Fatamorgana (maya)
Moto Kerja : Segala warna, seperti sesumpah, segala tempat yg ada warna
Kesukaan : Orang yang lalai mengingati Allah
Yang melemahkan : Melemahkannya Istightar
Lambang Koporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas dan bilik air
Sifat-Sifatnya : Muzabah, mengikut angin. Menurut keperluan
Rakan Kongsinya : Golongan Munafiq
Sumber Rezeki : Harta Haram
Bilik Operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat
Jenis Perkhidmatan : Menyuruh orang supaya mungkar dan mengalakkan kemungkaran
Arahan : Selalu mengarah manusia melakukan perkara2 yang tidak baik
Jawatan : General Manager golongan Al-Maghdhubi Alaihim dan Al-Dhavan
Tempoh Perkhidmatan : Sampai Hari kiamat
Hala Perjalanan : Jalan ke neraka
Laba Perniagaan : Habaan Manthura (masuk angin keluar asap)
Teman Sejawatan : Orang yg berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran
Rangka Kongsi Laba : Syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia
Jenis Tunggangan : Dosa dan segala jenisnya
Kaedah Berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip
Makanan Yg Disukai : Daging org mati (Ghibah)
Yang Ditakuti : Mukmin yang bertaqwa
Yang Dibenci : Orang yg selalu mengingati Allah ( Lelaki /Perempuan)
Daya Tahan : “ Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah “
Perangkap : Wanita
Kegemaran : Menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Supaya semua orang jadi kafir
Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat.

Friday, March 4, 2011

HOBI PHOTOGRAFI MENGGILA SEMULA Ves 2.0

Ni aku ambik pada 03.03.2011 .... ni tengah gila dok try kamera baru ni ... kaO org layan jer lah yek !!














Thursday, March 3, 2011

PANDANGAN ULAMA DUNIA TERHADAP YUSUF AL-QARADAWI

Aku dok layan blog ni haa, jumper lak pandangan dari pelbagai ulama - ulama Islam serta dunia tentang kemuliaan Ulama Yusuf Al-Qaradawi.
  1. Muhammad Al-Ghazali mengatakan, "Yusuf Al-Qaradawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqih teori dengan realitas. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula."
  2. Abul Hassan An-Nadwi menyifatkan Al-Qaradawi sebagai seorang yang benar-benar sebagai alim, ulama serta pendidik yang terkemuka. Menurut An-Nadwi, Al-Qaradawi merupakan ulama lulusan Al-Azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan realitas dunia sekarang. Beliau menggabungkan ciri-ciri dakwah dan manhaj Hasan Al-Banna dengan akademik yang diperolehi di Al-Azhar. Beliau mengabungkan ciri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj."
  3. Mustafa Az-Zarqa’ menyebutkan Al-Qaradawi sebagai seorang tokoh masa kini yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Beliau menambahkan bahwa ada empat orang ulama yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini yaitu Syeikh Ali Tantawi, Abu Hassan Ali An-Nadwi, Muhammad Al-Ghazali dan Yusuf Al-Qaradawi. Menurutnya lagi, buku Fiqih Awalawiyat karya Al-Qaradawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan keutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang.
  4. Tariq Basri menyebutkan bahwa kita sekarang berada dalam zaman Al-Ghazali dan Al-Qaradawi.
  5. Taha Jabir Al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan Al-Qaradawi seorang ahli fiqih yang bercirikan da''i dan da''i yang bercirikan ahli fiqih.
  6. Muhammad Fathi Utsman, seorang pemikir Islam menyebutkan Al-Qaradawi seorang fuqaha dan da''i yang terkemuka yang berinteraksi dengan realitas kehidupan.
  7. Ahmad Ar-Risuni, Ketua Persatuan Tauhid dan Tajdid di Maroko mengatakan bahwa Al-Qaradawi adalah seorang ahli fiqih yang yang memahami tujuan-tujuan syariat.
  8. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan Al-Qaradawi sebagai seorang ahli fiqih yang beraliran sederhana dalam zaman kini.
  9. Husain Ahmad Qadhi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahwa ketika Al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah menshalatkan jenazahnya. Kami bermusyawarah untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf Al-Qaradawi. Peristiwa tersebut mengambarkan penghormatan kami terhadap beliau.

MATRIK PUN KALAH NI

Meh kita layan lak citer hero yang melampau lampau terror eh ni !!
Nasib baik citer Merong Mahawangsa tu x camni eksen eh !! kehh kehh

HOBI PHOTOGRAFI MENGGILA SEMULA

Hobi aku mengambil gambar menggila semula bila aku beli kamera baru ... kehh kehhh kehh ! Ni gambar yang aku ambil menggunakan kamera baru aku ni, masih banyak lagi nak kena blaja ni !
Gambar ni aku ambil pada 02.03.2011 :