Ni aku sertakan sikit info tentang permainan ni yek :
- GoalBall merupakan acara berpaksukan yang direka khas untuk atlet cacat penglihatan.
- Permainan berlangsung selama 24 minit iaitu 12 minit setiap separuh masa.
- Setiap pemain perlu menggunakan deria pendengaran untuk mendengar bunyi yang terhasil daripada lontaran dan pergerakan bola khas tersebut untuk mengalangnya daripada menembusi gol pasukan.
- Acara ini diilhamkan oleh Hanz Lorenzen dari Austria dan Sepp Reindle dari Jerman pada tahun 1946 dalam usaha untuk membantu proses pemulihan veteran Perang Dunia Kedua yang buta.
- Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA) bertanggung jawab menggendalikan 15 sukan untuk golongan cacat penglihatan termasuk acara GoalBall.
- Acara itu kemudian menjadi satu permainan kompetitif sejak beberapa dekad lalu dan satu demonstrasi mengenai GoalBall pernah dilakukan pada Sukan Paralimpik Musim Panas di Toronto pada tahun 1976.
- Kejohanan pertama GoalBall berlangsung di Austria pada tahun 1978 dan kemudian menjadi salah satu acara tetap dalam Sukan Paralimpik Musim Panas bermula pada tahun 1980 di Arnhem, Belanda.
No comments:
Post a Comment