Thursday, February 24, 2011

5 SEBAB DOA DITOLAK

Ada 5 perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah iaitu :

1.  Dosa kerana mengingkari pemimpin. Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid bukannya pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

2.  Dosa kerana tidak taat kepada guru. Guru orang yang bertanggung jawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muakdengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

3.  Dosa kerana menderhaka kepada ibubapa. Mereka berkorban untuk menjadi kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syriat Islam, Allah pasti murka pada kita. Awas doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4.  Dosa kerana derhaka kepada suami. Isteri yang menderhaka pada suaminya tidak layak mencium bau syurga. allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya. Rasulullah bersabda, maksudnya " Jika allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akanmenyuruh isteri sujud kepada suaminya". Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteriwalaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilainya sedikitpun disisi Allah jika masih menderhakai suaminya.

5.  Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang. Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemarmenabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti orang lain sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah diatas, terhijablah doa dan amalan kita.
Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

No comments: