Wednesday, April 27, 2011

5 CARA MENGAWAL BENCI N MARAH ANDA.

Ibn. Qudamah dalam kitabnya Minhaj al-Qasidin ada memberikan ramuan cara mengubati/mengawal penyakit benci dan marah ... !


1.  Menghayati sepenuhnya kelebihan mengawal kemarahan, mudah memaafkan, lemah lembut sepertimana yang di firmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan sabda Rasul-Nya SAW.


2.  Hadirkan dalam diri perasaan gerun dan takutkan azab Allah SWT apabila perasaan marah tidak dikawal. Ingatlah bahawa kemarahan Allah SWT kepada insan adalah lebih hebat dan melebihi kemarahan antara sesama manusia.


3.  Mengambil sikap berwaspada daripada kemarahan kerana ia boleh membawa kepada permusuhan dan balas dendam yang berpanjangan. Rendahkan hati dengan memaafkan kesalahan orang lain kerana tidak ada manusia yang sempurna sifat dan kejadiannya. Setiap manusia itu pasti ada kelemahan dan kekurangannya.


4.  Membayangkan betapa buruknya paras rupa diri seseorang ketika sedang marah yang pastinya tidak mencotohi keperibadian dan ketinggian akhlak dan budi pekerti para Anbiya' dan orang soleh.


5.  Mengubah pergerakan diri ketika marah seperti duduk jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk, memohon perlindungan dari Allah dengan membaca A'uzubillahiminasy syaitanir rajim dan berwuduk. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya kemarahan itu adalah daripada syaitan yang dijadikan oleh Allah daripada api, sesungguhnya api itu dihilangkan melalui air, maka jika salah seorang dari kamu sedang marah, maka berwuduklah."

No comments: