Salah satu persolekan zaman moden ini yang agak keterlaluan dilakukan oleh wanita ialah mencabut bulu kening sehingga menjadi nipis atau dihaluskan bentuknya. Islam memandang perbuatan tersebut sebagai satu usaha mengubah kejadian Allah dan hukumnya HARAM.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a dalam sebuah hadis Mauquf, katanya; "Allah mengutuk para wanita yang mentatto dan ditattokan kulitnya, yang mencabut bulu alis mata dan yang dicabut alis
matanya, para wanita yang mengalir (mengasah) giginya untuk kecantikan dan yang mengubah-ubah ciptaan allah".
Hadis lain selanjutnya menjelaskan bahawa; "Rasulullah SAW meLAKNAT perempuan yang mencukur atau mencabut bulu alis atau yang diminta dicukur atau dicabutnya", (Riwayat Abu Daud, dengan sanad Hassan - dalam Fathul Bari).
Imam Hambali berpendapat kalau perempuan mencukur alis, meruncing bulu matanya dan mewarna wajah dengan alat solek dengan izin suami dibolehkan kerana ia termasuk bersoleh untuk suami. Tapi kalau dilakukan bukan untuk suami, diHARAMkan.
Tapi Iman Nawawi memperketatkan hukumnya dan mensifatkan perbuatan mencukur bulu kening sama sekali tidak dibolehkan, kerana perbuatan mencukur alis tidak dianggap bersolek, tapi mengubah ciptaan Allah. Sandaranya adalah nas-nas (hadis) diatas.
**p/s: Pada pandangan aku lah kan, kalau dah d cukur bulu kening tu langsung tak cantik kena pulak bila muka tu d basuh (cth ambik air sembahyang) ... pufff punyer lah hodoh, dah jadi cam muka Kane adik Under Taker lam gusti tu !!! Kalau aderlah kenkawan aku yg dok cukur bulu kening tu lps ni biarkanlah bulu kening tu tumbuh balik ... hodoh u x der bulu kening wa cakap lu !!
Aktikel ni aku ambik dari sebuah akhbar. Tetarik dengan tajuk nya sebab aku pernah berjumpa seseorang yang menyangka yang dirinya telah disantau dan puaslah pergi berubat serata Malaysia bagi mengubati penyakit yang dikatakan disantau tapi akhirnya disahkan kerna penyakit Tibi. Nasib sompek jumpO doktO .... kehh kehh kehh !!!!
Fakta Tibi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

- Secara keseluruhan, penyakit ini telah membunuh lebih ramai orang muda berbanding orang dewasa.
- Dinegara maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, tibi banyak menyerang orang muda. Sementara di negara mebangun pula, penghidap tibi terdiri daripada warga emas.
- Tibi masih berleluasa di Eropah Timur, Asia Tenggara dan kawasan subsahara Afrika.
- Kewujudan AIDS menyebabkan penyakit tibi meningkat 10 kali ganda di seluruh dunia.
- Penghidap tibi yang tidak menjalani rawatan secara sistematik berupaya menyebarkan penyakit itu kepada 10 atau 15 orang disekelilingnya dalam tempoh setahun.
- Kajian WHO mendedahkan, setiap satu saat, penduduk dunia akanterdedah kepada penyakit tibi.
- Didapati satu pertiga populasi dunia menghidap tibi.
- 1.7 juta orang telah mati akibat tibi pada tahun 2009. Sekitar 380,000 adalah terdiri daripada wanita. 380,000 adalah penyakit tibi yang mempunyai HIV.
- Tibi adalah tiga faktor terbesar yang menyebabkan kematian wanita yang berumur diantara 15 tahun ke 44 tahun.
- Pada tahun 2009 sebanyak 9.4 juta kes tibi terbaru dicatitkan (3.3 juta adalah wanita) termasuk 1.1 juta kes dikalangan pesakit HIV.
- Mengikut perangkaan global, 86 peratus pesakit telah sembuh daripada tibi setelah mengikut rawatan yang telah ditetapkan.
Tahniah .. lebih 9,000 orang calon SPM 2010 tersenyum riang kerana berjaya memperolehi semua A selepas mengambil keputusan mereka yang diumumkan semalam.
Mereka adalah sebahagian daripada 467,970 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lepas.
Tahun ini seorang lagi anak aku akan menduduki peperiksaan SPM ni dan aku doakan dia akan juga menggikuti jejak langkah kakak - kakak dan abang nya. Amin.